PEMANDU Ferrari, Sebastian Vettel berkata dia akan menyertai ramai seteru Formula Satu (F1) dan memulakan perlumbaan maya tidak lama lagi, selepas berjaya menguasai alat simulasi miliknya sendiri.
Juara dunia empat kali jelas tidak mengambil langkah tergesa-gesa untuk mengambil bahagian dalam acara Esports baru-baru ini, dengan platform itu jelas dikuasai pelumba lebih muda seperti Max Verstappen dan Lando Norris.
“Tapi saya mendengar banyak perkara mengenainya jadi saya fikir saya mungkin mendapatkannya dan cuba, namun saya masih perlu memasangnya dengan baik.
“Umumnya, saya tidak akan menjangkakan karier dalam perlumbaan maya ini. Saya fikir ia lebih kepada sesuatu untuk di cuba demi keseronokan.
“Saya membesar dengan beberapa alat seperti ini dan saya sudah bermain beberapa permainan video, tetapi jujur sejak saya mempunyai anak ia bukanlah perkara pertama yang perlu dilakukan dalam senarai saya. Saya akan melihat masa yang terluang di situ.
“Namun saya ada membaca berita ada di antaranya yang sudah berlumba dan saya juga terbaca bahawa Charles (Leclerc) melakukannya dengan baik ketika penampilan pertamanya jadi ia amat baik kepada dirinya dan pasukan.”