QATAR semalam mengakui tuduhan memberi rasuah kepada pegawai Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi membolehkan mereka menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 adalah tidak berasas dan mereka akan mempertahankan diri sebaik mungkin.
Berdasarkan dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang dikeluarkan Isnin lalu, pegawai FIFA menerima suapan untuk undian memihak kepada Piala Dunia Russia 2018 dan Piala Dunia Qatar 2022.
Kremlin dan Qatar menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya.
Sainga bola sepak yang akan disaksikan peminat seluruh dunia itu tetap diadakan pada November dan Disember 2022 tanpa sebarang perubahan walaupun pandemik Covid-19 memaksa penangguhan Euro serta Olimpik Tokyo untuk tempoh setahun.
Tuduhan itu dikaitkan dengan skandal rasuah 2015 yang menyaksikan badan bola sepak dunia, FIFA berlaku kekacauan dan membawa kepada kejatuhan presiden ketika itu, Sepp Blatter.
Pada tahun-tahun berikutnya, kerajaan Amerika Syarikat menuduh 45 individu dan pelbagai syarikat sukan terbabit dalam 90 kes dengan memberi atau menerima lebih AS$200 juta (RM869 juta) rasuah.
“Itu adalah sebahagian daripada kes lama, tiada kaitan dengan bidaan tuan rumah Piala Dunia 2018 da 2022.
“Selain tuntutan palsu, bukti sebenar tidak pernah ada untuk menuduh Qatar menjadi tuan rumah Piala Dunia secara kurang beretika atau melanggar peraturan bidaan,” kata Jawatankuasa Tertinggi Qatar dalam memberi kenyataan balas.