ARKADIUSZ Milik masih mengadakan perbincangan bersama Napoli berhubung kontrak baharu sekali gus menafikan kaitan beliau ke Milan, Atletico Madrid dan Juventus menurut ejennya, David Pantak.
Penyerang Napoli, Milik dijangka tamat kontrak pada 2021 dan pemain kebangsaan Poland setakat ini gagal mencapai persetujuan mengenai perjanjian baharu di kelab Serie A itu.
Spekulasi menyatakan Milik mungkin meninggalkan Napoli, dengan seteru Itali, Milan dilaporkan berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 26 tahun itu sementara Juve dan kelab La Liga, Atletico dipercayai turut menyatakan minat mereka.
Pantak menjelaskan khabar angin mengaitkan Milik apabila memberitahu kepada Calciomercato : “Mengenai semua perkara yang dilaporkan media beberapa hari lalu, saya jelaskan ia hanyalah khabar angin, ada di antaranya langusng tidak menghormati Napoli sebagai kelab.
“Saya sentiasa berhubung dengan pengarah sukan Napoli, perbincangan kami mengenai (Milik) memperbaharui kontrak masih berjalan.
“Pada penghujung tempoh yang sukar buat semua orang, kami akan bertemu dan akan cuba mencari penyelesaian.
“Hanya dalam satu acara yang seseorang tidak boleh ditemui akan kami fikirkan untuk berkongsi penyelesaian untuk kebaikan pemain dan kelab.”
Milik menyertai Napoli daripada gergasi Belanda, Ajax pada 2016 dan sudah menjaringkan 12 gol dalam semua kejohanan sebelum musim 2019-20 ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.