KYLIAN Mbappe dimahkotakan antara pemain bola sepak paling pantas mengatasi beberapa bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam senarai 10 teratas.
Bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dan penyerang Liverpool, Mohamed Salah telah dikalahkan dalam kedudukan teratas oleh pemain berusia 21 tahun itu.
Kepantasan Mbappe turut menjadi salah satu sumbangan yang membawa dirinya kepada antara pemain yang dikehendaki oleh banyak pasukan atau kelab di serata dunia.
Pendahulu EPL, Liverpool mahu menandatangani tonggak PSG itu namun mereka akan berdepan saingan daripada Real Madrid.
Syarikat penerbitan Perancis, Le Figaro mengeluarkan senarai 10 Teratas pemain terpantas dalam dunia.
Turut berada dalam senarai itu bintang muda Real Madrid, Nacho Fernandez. Tidak ketinggalan dua pemain tonggak gergasi Jerman, Bayern Munich – Kingsley Coman dn Alvara Odriozola.
Dua pemain Manchester City – Kyle Walker dan Leroy Sane selain pemain sayap Bayer Leverkusen, Karim Bellarabi serta pemain Athletic Bilbao, Inaki Williams.