SEJAK beberapa minggu lalu, WWE mengumumkan pelepasan hampir 20 ahli gusti dan begitu juga 300 staf mereka.
Tindakan itu diambil bagi menyelamatkan krisis kewangan syarikat atas impak dari penularan wabak Covid-19.
Antara yang dilepaskan adalah nama bintang yang sudah meningkat naik di WWE seperti Rusev dan EC3.
Lebih menyedihkan lagi, bakat besar yang bakal berkembang seperti Deonna Purazzo dan Aleksandar Jaksic turut dilepaskan oleh WWE.
Sebahagian staff produksi dan krew belakang pentas turut hilang pekerjaan ekoran dari keputusan yang dilakukan oleh WWE.
Tindakan WWE untuk melepaskan ramai pekerjanya dikecam oleh peminat beranggapan mereka sebenarnya masih mampu untuk menjaga kebajikan pekerja berbanding melepaskan mereka.
Namun keadaan makin buruk apabila peminat mula mempertikaikan pendapatan yang diterima oleh beberapa bintang besar WWE lain.
10 bintang utama WWE menerima imbalan yang terlalu tinggi hingga mencecah £30.6 juta (RM164.70 juta) sebelum dicukai pada tahun lalu.
Apa yang membangkitkan kemarahan peminat lagi adalah melihat pendapatan ahli gusti sambilan seperti Brock Lesner yang menerima pendapatan terlalu tinggi berbanding yang lain.
Lesner hanya bergusti sembilan kali sahaja sejak 12 bulan lalu dan menerima pendapatan tertinggi dalam WWE dengan jarak yang berganda berbanding ahli gusti lain.
Minggu ini ramai bintang dan krew yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan mereka. Ia pasti lebih menyakitkan bila mereka melihat kepada senarai ini berbanding sebelumnya.
WWE mengeluarkan Kenyataan pada Rabu lalu bahawa mereka sangat berharap setidaknya mereka akan berjaya menjimatkan £3 juta (RM16.15 juta) sebulan dari pembuangan beramai-ramai ini ekoran dari impak penularan wabak Covid-19.
Sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh WWE bahawa akan ada pemotongan gaji dari kalangan bintang-bintang besar ini.
Senarai 10 Bintang Mempunyai Pendapatan Tertinggi:
10) Braun Strowman – £1.5 juta (RM8.07 juta)
9) Stephanie McMahon – £1.6 juta (RM8.61 juta)
8) Shane McMahon – £1.7 juta (RM9.15 juta)
7) Goldberg – £2.4 juta (RM12.92 juta)
6) Becky Lynch – £2.5 juta (RM13.46 juta)
5) Triple H – £2.6 juta (RM13.99 juta)
4) Seth Rollins – £3 juta (RM16.15 juta)
3) Randy Orton – £3.3 juta (RM17.76 juta)
2) Roman Reigns – £4 juta (RM21.53 juta)
1) Brock Lesnar – £8 juta (RM43.06 juta)