PASARAN perpindahan pemain mungkin tidak akan sama selepas Covid-19 di mana kuasa ekonomi bola sepak akan memberikan petanda sekali gus bermakna perpindahan semestinya akan berlaku dengan cara berbeza.
Pemain yang menjadi buruan Barcelona, Lautaro Martinez antara salah satu perjanjian yang terkesan dengan pandemik berkenaan, meninggalkan kelab Catalans mencari jalan untuk memastikan ia tercapai.
Laporan La Gazzetta dello Sport mendakwa Inter mempertimbangkan pilihan mereka untuk potensi gantian dan salah satunya adalah Antoine Griezmann.
Pengiraannya mudah, menurut syarikat penerbitan Itali, ketika Martinez dilepaskan dengan klausa 111 juta Euro (RM522 juta) sementara pemain Perancis dengan 120 juta Euro (RM565 juta).
Inter menunggu Barcelona membuat tawaran sebelum melakukan rundingan, tapi the Nerazzurri melihatnya dari sudut berbeza dengan membabitkan perbelanjaan minimum.
Namun seperti laporan Marca, cadangan berkenaan tidak kena dengan perancangan Barcelona dan kelab Catalans tidak mahu menggunakan penyerang Perancis untuk perjanjian masa depan.
Pemain Argentina itu memberikan petanda yang positif sepanjang tempoh rehat ini.
“Lautaro Martinez mahu menjadi [Lionel] Messi seterusnya,” kata ejennya Alberto Yague.
Di sebalik minat Barcelona, Inter tidak mahu kehilangan penyerang mereka dan naib presiden kelab itu, Javier Zanetti menegaskan pemain itu gembira di Stadio Giuseppe Meazza.