WAGNER Ribeiro ejen Igor Gomes berkata, dia mempunyai impian untuk membawa penyerang Sao Paulo itu ke gergasi La Liga, Real Madrid.
Igor tonggak Sao Paulo menarik minat beberapa kelab seluruh Eropah, ketika pemain berusia 21 tahun itu turut dikaitkan dengan pasukan Madrid, Barcelona, Sevilla dan Ajax.
Madrid menghabiskan perbelanjaan yang besar terhadap pemain Brazil, menandatangani trio muda, Vinicius Junior, Rodrygo Goes dan Reinier Jesus pada musim kebelakangan ini.
Malah Ribeiro mengadakan perbincangan sama ada Igor – yang dibandingkan dengan Kaka – berpindah dari Sao Paulo ke Madrid.
“Saya sudah bekerja dengan Igor sejak dia berusia 12 tahun lagi,” kata Ribeiro kepada Fox Sports.
“Dia berada dalam radar semua kelab besar di Eropah. Dia bermula di Sao Paulo dan memiliki corak permainan yang berbeza.
“Dia mempunyai corak permainan yang sesuai di Eropah : dia menjaringkan gol, mengatur gerakan, membantu menghasilkan jaringan… dia pemain yang lengkap.
“Ada perbincangan bahawa Madrid mahukannya tapi saya memberitahu ia adalah masa yang tidak sesuai untuk bercakap mengenainya.
Tapi saya mempunyai impian pada satu hari nantu untuk membawanya ke Bernabeu.
“Saya meminati Real Madrid sebagai sebuah pasukan kelab. Jika peluang itu tiba, saya mungkin melakukannya dengan rasa berbesar hati.”