HAAS menjadi pasukan terkini Formula Satu (F1) yang meletakkan kakitangannya di bawah skim pengekalan pekerjaan sekali gus menyaksikan separuh daripada pasukan sudah melakukan tindakan sama susulan pandemik Covid-19.
Haas menyertai McLaren, Williams, Racing Point dan Renault yang melakukan keputusan sama.
Setakat ini sembilan daripada 22 pusingan perlumbaan sudah pun di batalkan atau pun ditangguhkan.
Aksi paling awal musim ini dijangka bermula pada Grand Prix Perancis, 28 Jun depan.
Jurucakap Haas mengesahkan kepada Formula1.com beberapa individu penting akan terus bekerja tetapi dengan pengurangan gaji.
Laporan itu turut menyatakan dua pemandu, Romain Grosjean dan Kevin Magnussen bersetuju dengan tindakan pemotongan gaji.