PEMAIN tenis Itali, Fabio Fognini mendedahkan dia mahu isterinya, Flavia Penneta mengikut jejak langkah bekas juara Terbuka Amerika Syarikat, Kim Clijsters dan kembali dari persaraan selepas melahirkan anak.
Pennetta, 38, bersara selepas muncul juara Terbuka Amerika Syarikat 2015 dan pasangan berkenaan mempuyai dua orang anak berusia tiga tahun dan seorang lagu baru lahir Disember lalu.
“Saya cuba untuk menyediakan Flavia kembali beraksi pada 2021, seperti Kim Clijsters. Saya sudah bercakap kepada (Francesca) Schiavone dan (Corrado) Barazzutti, mereka melatihnya dan saya menguruskan mereka. Saya sudah mempunyai program kejohanan,” kata Fognini.
Pennetta muncul juara jelajah WTA sebanyak 28 kali, dengan berjaya menduduki ranking paling tinggi perseorangan di tangga keenam, manakala dalam acara beregu dia pernah berada di kedudukan teratas.
Pasangan berkenaan pulang ke kediaman mereka di Arma di Taggia, selatan Genoa selepas penularan wabak pandemik Covid-19.
Ketika menduduki ranking ke-11 dunia, Fognini, yang muncul juara Masters Monte Carlo tahun lalu berkata, dia merasakan saingan musim 2020 dapat diteruskan.
“Buat masa sekarang saya rasa ia sukar untuk disambung semula. Bagaimana, pengarah pertandingan mahu mengambil tanggungjawab mengenai kesihatan pemain, staf, media dan penonton?
“Secara jujur, saya perlu minta maaf kerana banyak kejohanan akan membolehkan saya mengumpul mata tapi saya tidak pasti akan kembali ke Asia semula,” katanya.