BINTANG Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang perlu berhijrah ke kelab yang mempunyai cita-cita lebih tinggi, kata Presiden Persatuan Bolasepak Gabon.
Penyerang sensasi itu berkongsi kedudukan teratas penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan meledak 22 gol.
Kontraknya akan berakhir pada hujung musim 2020/2021.
“Ketika ini dia di Arsenal dan tidak akan memenangi apa-apa di sana. Jadi ia satu kegagalan secara kolektif.
“Saya tidak menyatakan bahawa Arsenal tidak bercita-cita tinggi tetapi cita-cita kelab itu tidak setinggi beberapa kelab di Eropah,” kata Pierre Alain kepada ESPN.
Bulan lalu, pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata beliau mahu mengekalkan Aubameyang dalam apa juga keadaan dan kelab perlu mengadakan perbincangan berhubung tawaran kontrak baharu bersama pemain itu sebelum berakhir hujung musim ini.
Penyerang antarabangsa Gabon itu sudah menjaringkan 20 gol dalam semua pertandingan bersama Gunners sepanjang musim 2019/2020 dan dilaporkan menjadi sasaran beberapa kelab termasuk Barcelona dan Inter Milan.
“Jika dia gagal berhijrah ke kelab lebih bercita-cita tinggi, dia pastinya akan kekal di situ.
“Semua rakyat Gabon melihat Aubameyang mampu pergi ke satu tahap lebih tinggi, di mana dia mampu memenangi kejuaraan besar bersama kelab utama,” katanya Mounguengui.